A proud moment in history as you successfully developed and brought the Mechabeca to life — a remarkable creation entrusted by Malaysia’s national film powerhouse, Monsta.
The Mechabeca, a futuristic fusion of a Mechabot and a traditional rickshaw, made its debut as a show-stopping gimmick during the premiere event yesterday — impressively moving autonomously without a driver.
This innovation not only highlights local ingenuity but also pushes the boundaries of how tradition and technology can coexist on screen
The collaboration between Erada Solutions and Animonsta Studios to create this Mechabeca was a great success and valuable to both parties because the project was successfully implemented.
KUJUNGAN PAMERAN E-BECA OLEH MENTERI PENGAJIAN TINGGI (2023)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berasa amat berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, ke Kampus Teknologi UTeM dalam rangka lawatan kerja beliau ke universiti awam seluruh negara.
Lawatan ini turut disertai oleh barisan kepimpinan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), termasuk YBhg. Dato’ Dr. Megat Sany, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar); YBhg. Datuk Seri Dr. Haji Hasim Hasan, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM; serta Naib Canselor UTeM, YBrs. Encik Rizal Adnan, dan barisan pengurusan kanan universiti.
Kunjungan ini memberi suntikan semangat kepada warga UTeM, khususnya pasukan eBeca, untuk terus mengorak langkah dalam memainkan peranan sebagai Universiti TVET Aras Tinggi yang menerajui inovasi berteraskan teknologi dan budaya tempatan.
Sempena lawatan ini, pasukan eBeca UTeM yang diketuai oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Abdul Rahim Bin Abdullah telah berpeluang memperkenalkan dua inovasi utama:
eBeca Melaka
Beca elektrik bertenaga solar yang direka bentuk dengan elemen kesenian Melayu Melaka. Inovasi ini menampilkan bagaimana warisan budaya boleh digabungkan secara harmoni dengan teknologi hijau dan mobiliti pintar.
Mechabeca
Hasil kerjasama strategik antara UTeM dan syarikat animasi terkenal negara, Monsta. Mechabeca ialah gabungan konsep Mechabot dan beca tradisional, yang mampu bergerak secara automatik tanpa pemandu. Ia diperkenalkan sebagai salah satu gimik utama dalam tayangan perdana Mechamato Movie, yang telah ditayangkan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.
Mechabeca bukan sahaja menarik dari segi teknikal dan visual, tetapi juga berfungsi sebagai simbol kreativiti, inovasi, dan promosi pelancongan tempatan melalui tema:
"Imagine It, Build It, Make It Real."
Melalui lawatan ini, jelas bahawa KPT memberikan sokongan penuh terhadap usaha-usaha inovatif yang dijalankan oleh universiti dalam memajukan bidang TVET, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama lebih erat antara institusi pendidikan dan industri kreatif tempatan.
UTeM komited untuk terus membangunkan inovasi berimpak tinggi yang bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan teknologi, tetapi juga memberi nilai tambah kepada warisan budaya, pelancongan, dan ekonomi setempat.
"Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) perlu terus memantapkan dan menjayakan bidang tujahannya yang berfokuskan kepada Pembuatan Termaju dan Teknologi Pengkomputeran. " From MalaysiaGazette